SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM 2018 DI PERAK

PERATURAN KEJOHANAN

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM 2018

DOWNLOAD PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM 2018
KLIK SINI >>> PERATURAN

1.0           UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga  Malaysia ( KOM ), Peraturan – Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia
( MSSM ) tahun semasa..

2.0          JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN

2.1.          Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan

2.2.           Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut:

BIL
KATEGORI DAN HAD UMUR PESERTA
JARAK LARIAN
1
BAWAH 18 TAHUN LELAKI

8 KM

2
BAWAH 15 TAHUN LELAKI
6 KM
3
BAWAH 12 TAHUN LELAKI
4 KM
4
BAWAH 18 TAHUN PEREMPUAN
6 KM
5
BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAN
6 KM
6
BAWAH 12  TAHUN PEREMPUAN
4 KM


3.0          PENGESAHAN PESERTA – PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN

3.1           HARI PERTAMA

3.1.1.       Melaporkan diri

3.1.1.1        Hari pertama melapor diri dan sesi Pengesahan penyertaan yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan dengan menunjukkan borang maklumat peserta seperti di pekara 4. (Pendaftaran Peserta)

3.1.1.2        Borang penyertaan yang lengkap setelah disemak hendaklah dihantar kepada pengelola semasa melaporkan diri dan maklumat trek laluan untuk latihan pengenalan trek.

3.1.2            Pengenalan Trek

3.1.2.1     Hari pertama sebelah petang / Ikut susunan jadual oleh pengelola

3.1.3            Mesyuarat Pengurus pasukan

3.1.3.1        Pada sebelah pagi  hari kedua.

3.2           HARI KEDUA

3.2.1            Pertandingan pada awal pagi

3.2.2            Penyampaian Hadiah






4                PENDAFTARAN PESERTA

4.1           Setiap pelajar yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan 6 peserta bagi setiap kategori.

4.2           Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah Negeri masing-masing.

4.3           Peserta-peserta setiap MSS Negeri hendaklah menyertakan BORANG M01 DAN R01 yang dicetak dari pendaftaran e-kejohanan berserta gambar , satu salinan Kad Pengenalan (sekolah Menengah) / salinan Surat Beranak/My Kid/Kad Pengenalan (pelajar sekolah rendah) yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/ Penolong Kanan sekolah peserta yang berkenaan. dan surat kebenaran waris  seperti lampiran B, Perkeliling Ikhtisas Bil. 5/2007

4.4           Borang penyertaan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada pengelola pada atau sebelum 7 hari kejohanan.

4.5           Semua peserta diwajibkan membawa surat Pengesahan Kesihatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan.


5                PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI  BERPASUKAN

5.1           Daripada 6 peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 5 orang peserta yang menamatkan larian akan diambilkira untuk menentukan kedudukan pasukan.

5.2           Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.

5.3           Jika berlaku seri ,penamat yang kelima terbaik akan diambilkira bagi menentukan pemenang.


6                PENENTUAN JUARA  KESELURUHAN

6.1           Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agreget yang terendah dikumpulkan daripada enam kategori.

6.2           Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

6.3           Jika berlaku seri juga, tempat kedua dan berikutnya akan diambilkira sebagai pemenang.


7                HADIAH – HADIAH

7.1           Bagi acara Individu

7.1.1            Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga dua puluh bagi setiap kategori.

7.2           Bagi Acara Berpasukan ( dengan  6 hadiah )

7.2.1            Kategori L 18          :               Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.2            Kategori L 15          :               Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.3            Kategori P 18         :               Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.4            Kategori P 15         :               Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.5            Kategori L 12         :                Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.6            Kategori P 12         :               Johan, Naib Johan dan Ketiga

7.3           Piala pusingan akan diberikan kepada kontinjen yang menjadi Johan Keseluruhan.


8                     NOMBOR BIB  PESERTA

8.1           Setiap peserta hendaklah memakai nombor bib pengenalan yang disediakan oleh Pengelola  di bahagian hadapan dan belakang badan dan hendaklah disematkan pin pada keempat-empat sudut kain.

8.2           Penetapan bib peserta adalah seperti berikut:

Kategori
PASUKAN
L18 (1)
P18 (4)
L15 (2)
P15 (5)
L12 (3)
P12 (6)
Warna
Hitam
BiruTua
HijauTua
MerahTua
Ungu
Oren
1
PERAK
A101-A106
A201-A206
A301-A306
A401-A406
A501-A506
A601-A606
2
SELANGOR
B107-A112
B207-A212
B307-A312
B407-A412
B507-A512
B607-A612
3
PAHANG
C113-A118
C213-A218
C313-A318
C413-A418
C513-A518
C613-A618
4
KELANTAN
D119-D124
D219-D224
D319-D324
D419-D424
D519-D524
D619-D624
5
SABAH
E125-E130
E225-E230
E325-E330
E425-E430
E525-E530
E625-E630
6
JOHOR
J131-J136
J231-J236
J331-J336
J431-J436
J531-J536
J631-J636
7
KEDAH
K137-K142
K237-K242
K337-K342
K437-K442
K537-K542
K637-K642
8
WP LABUAN
L143-L148
L243-L248
L343-L348
L443-L448
L543-L548
L643-L648
9
MELAKA
M149-M154
M249-M254
M349-M354
M449-M454
M549-M554
M649-M654
10
N. SEMBILAN
N155-N160
N255-N260
N355-N360
N455-N460
N555-N560
N655-N660
11
P PINANG
P161-P166
P261-P266
P361-P366
P461-P466
P561-P566
P661-P666
12
PERLIS
R167-R172
R267-R272
R367-R372
R467-R472
R567-R572
R667-R672
13
SARAWAK
S173-S178
S273-S278
S373-S378
S473-S478
S573-S578
S673-S678
14
TERENGGANU
T179-T184
T279-T284
T379-T384
T479-T484
T579-T584
T679-T684
15
KUALA LUMPUR
W185-W190
W285-W290
W385-W390
W485-W490
W585-W590
W685-W690
16
PUTRAJAYA
Y191-Y196
Y291-Y296
Y391-Y396
Y491-Y496
Y591-Y596
Y691-Y696

9               MELAPORKAN DIRI PESERTA

9.1           Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.

9.2           Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.

10                  MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.


11             PAKAIAN

11.1        Peserta hendaklah berpakain sesuai dan kemas serta DIGALAKKAN berkasut sewaktu mengambil bahagian dan DIWAJIBKAN berkasut  semasa majlis penyampaian hadiah.Pengurus pasukan bertanggungjawab memastikan atlet berkasut jika keadaan trek merentas desa ada risiko kecederaan.

11.2        Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.

12             BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM, kecuali perkara berikut  :

12.1.        Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan rujuk Peraturan AM MSSM.

12.2          Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta
        dan tidak lewat daripada

12.1.1         Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan

12.1.2         Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang pertaruhan sebanyakRM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )

13           HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

13.1      Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa
Pengelola dengan persetujuan PengerusiTeknik dan Pembangunan Olahraga MSSM, berhak meminda
susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.

13.2              Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalamUndang-Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSM. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini

14           HAL – HAL LAIN

14.1.            Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan  pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

14.1              Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

14.2              Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku :

14.2.1         Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke venue pertandingan
14.2.2         Semasa kejohanan dijalankan
14.2.3         Di dalam dan di luar kawasan venue pertandingan
14.2.4         Di tempat-tempat penginapan

14.4.            Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
LAMPIRAN 1

PADNDUAN ASAS PENGELOLAAN MERENTAS DESA


1.      PENDAHULUAN

Satu cabang sukan yang tersendiri dan menjadi latihan tambahan kepada olahraga untuk acara padang dan balapan. Agak sukar untuk mengubal satu peraturan standard yang tetap bagi sukan ini. Kita harus menerima “ berjaya atau gagalnya ”  acara ini banyak bergantung kepada keadaan semulajadi tempat dan kebolehan “pereka laluan”.

Dicadangkan panduan dan speksifikasi bagi membantu kita menyediakan satu laluan yang agak seragam untuk mengelolakan kejohanan ini.

2.      TEMPAT LALUAN
2.1                 Laluan ( trek ) hendaklah direka di kawasan terdedah atau kawasan hutan kayu, jika boleh, dilindungi dengan rumput, mempunyai halangan semulajadi yang boleh digunakan oleh pereka laluan membina satu haluan perlumbaan yang lebih menarik dan mencabar.

2.2                 Kawasan itu hendaklah cukup luas bukan hanya untuk menempatkan haluan tetapi juga segala kemudahan yang dioerlukan.

3                    MEREKA LALUAN

3.1                 Satu trek  berlengkar ( loop course ) hendaklah direkakan dengan lengkarannya berukuran antara 1750m dan 2000m. Jika diperlukan satu lengkaran kecil boleh ditambahkan supaya ianya bersesuaian dengan jarak keseluruhan yang diperlukan bagi berbagai acara, dimana lengkaran kecil itu perlu dilari pada peringkat awal acara itu. Adalah disarankan setiap lengkaran panjang harus mempunyai sebanyak 10 meter pendakian.

3.2                 Halangan asli yang ada hendaklah digunakan jika boleh. Elakkan daripada kawasan seperti berikut:

3.2.1            Bukit atau halangan yang terlalu tinggi;
3.2.2            Lurah yang dalam;
3.2.3            Pendakian dan penurunan yang merbahaya
3.2.4            Semak samun yang tebal atau sebarang halangan yang menyebabkan kesukaran melampau yang boleh mendatangkan bahaya dan menjejaskan keselamatan peserta

3.3                 Sebaik-baiknya halangan tiruan tidak digunakan, tetapi jika tidak dapat dielakkan ia hendaklah dibuat menyerupai halangan yang asli yang sepatutnya ditemui pada kawasan sedemikian.

3.4                 Dalam perlumbaan yang mempunyai ramai peserta, trekl yang sempit atau halangan yang boleh mengganggu larian peserta hendaklah dielakkan pada 1500 meter pertama.

3.5                 Sebaik-baiknya trek merentas desa tidak melintasi jalan raya yang kerap. Jika keadaan ini tidak dapat dielakkan kawasan jalan raya itu hendaklah ditutup dengan rumput, tanah atau pengalas.

3.6                 Selain daripada permulaan dan penamat, trek hendaklah tidak mempunyai sebarang kelurusan yang panjang. Satu haluan asli yang tidak beralun dengan lengkok yang kurang tajam atau kelurusan yang pendek adalah yang paling sesuai.

3.7                 Tidak lebih 20 % trek boleh dibuat diatas jalan berturap. Trek boleh dibuat dengan mempunyai pusingan


4                    LALUAN

4.1                 Trek hendaklah  ditanda dengan pita di kedua-dua belahnya. Adalah dicadangkan satu koridor 1 meter lebarnya hendaklah dibuat dan dipagar dari luar trek untuk kegunaan pegawai dan media sahaja.

4.2                 Kawasan genting hendaklah dipagar, khasnya di kawasan permulaan (termasuk kawasan memanaskan badan dan bilik panggilan) dan kawasan penamat. Hanya orang yang diiktiraf dibenarkan memasuki kawasan ini.

4.3                 Kawasan Permulaan dan penamat disyorkan selebar 5 meter.

4.4                 Laluan hendaklah diukur dan jaraknya dinyatakan dan dikepilkan bersama dengan peraturan pertandingan dan keterangan ringkas mengenai kawasan trek dengan memberikan gambaran ( profile ) peratusan kawasan yang digunakan.

5                    JARAK LARIAN

KATEGORI
PERINGKAT UMUR
JARAK
A
Lelaki 18 tahun
8 km
B
Perempuan 18 tahun
6 km
C
Lelaki 15 tahun
6 km
D
Perempuan 15 tahun
6 km
E
Lelaki 12 tahun
4 km
F
Perempuan 12 tahun
4 km

6                    PERMULAAN

6.1                 Larian akan dimulakan dengan menggunakan letupan pistol. Kata perintah yang standard bagi lariah jarak jauh akan digunakan.

6.2                 Garisan permulaan akan dibuat dengan peserta-peserta dari satu-satu pasukan akan berbaris memanjang ke belakang.


7                    MINUMAN/PEMBASAHAN DAN STESEN PERSEGARAN

7.1                 Air dan minuman persegaran lain yang sesuai hendaklah disediakan di permulaan dan penamat perlumbaan.

7.2                 Bagi setiap pusingan jika keadaan cuaca memerlukan ia hendaklah disediakan.



CADANGAN : PERATURAN-PERATURAN KECIL BAGI KEJOHANAN MERENTAS DESA KE- 17, 2018 YANG MENGGUNA-PAKAI PERATURAN “MEREKA LALUAN” MSSM
DIBINCANG & DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PTPS MERENTAS DESA MSSM BERTARIKH 22 FEBRUARI 2018


1.
Tempat Permulan :-
·         Berada di suatu kawasan berbeza daripada trek dengan ciri-ciri melebar, lurus & mengarah ke laluan sebenar/utama


2.
Jarak Larian :-
·         Dengan mengambil kira tempat permulaan yang berbeza, berkemungkinan jarak sebenar larian bertambah atau berkurang, tetapi tidak melebihi 200 meter.


3.
Pembentukan Pegawai Pencatat Pusingan :-
·         Bertanggungjawab mencatat pusingan 4 peserta bagi seorang pegawai.
·         Loceng pemberitahuan pusingan terakhir diwujudkan.


4.
“Lorong Paksa”  (Forced Split Funnel) & Corong Laluan Ke Garisan/Gerbang Penamat :-
·         “Lorong Paksa” (Forced Split Funnel) bermaksud peserta larian dikehendaki melalui lorong yang ditetapkan mengikut kategori yang dibentuk sebelum sampai di gerbang penamat.
·         Sekurang-kurangnya 2 orang Hakim Corong ditugaskan (Dicadangkan memakai pakaian sama warna dengan Nombor Bib Peserta)
·         Menunjuk-arah ke arah kanan untuk mencukupkan pusingan
·         Menunjuk-arah ke kiri apabila tamat larian


5.
Giliran Pelepasan :-
·         Mengikut Nombor Acara
o   Nombor Acara 1A & 1B – Kategori P12 & L12 (7.30AM)
o   Nombor Acara 2A & 2B – Kategori P15 & L15 (8.15AM)
o   Nombor Acara 3A & 3B – Kategori P18 & L18 (9.00AM)
·         Sela masa pelepasan antara Kategori ialah 7 hingga 8 minit


6.
Konsep “Cut Off Time” :-
·         Masa perlumbaan yang ditetapkan ialah tidak melebihi 50 minit bagi semua Nombor Acara yang dipertandingkan.
·         Bagi Kategori L18 masa perlumbaan adalah tidak melebihi 65 minit.
·         Nombor acara yang berikutnya tetap akan dimulakan mengikut Jadual Pertandingan
·         Peserta yang gagal menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan dikira tidak menamatkan larian (DNF) atau terbatal (DSQ).
·         Sebagai timbal balik, pasukan dibenarkan membuat penggantian rasmi kepada mana-mana peserta baru/segar sebelum 11.59PM, 7 Februari 2018 dengan syarat mengikut segala tatacara pendaftaran yang ditetapkan.



7.
Nombor Bib Peserta Suaian :-
·         Nombor peserta sedia ada digunapakai tetapi dengan tambahan huruf & angka tambahan yang lebih menyerlah.
·         Contoh :-
o   Nombor Asal C316 (Kategori L15) , menjadi C316-24 (Cip ETS/Innotex) dan hanya C24 tertera pada Nombor Bib.
o   Huraian C24 :
§  “C” Merujuk kepada “Negeri Pahang”
§  “2” Merujuk kepada “Kategori L15”
§  “4” Merujuk kepada “Peserta Ke-Empat” dalam pasukan


8.
Pengadil Laluan :-
·         Dicadangkan seorang pengadil ditempatkan setiap sela jarak 100 meter atau ditempat yang dikenalpasti perlu


9.
Coaching Box/Area :-
·         Dicadangkan sekurang-kurangnya 1 kawasan coaching box/area di tempatkan dipertengahan laluan dalam arena pertandingan.
·         Hanya pegawai kontinjen yang sah (dengan pengenalan diri) atau didaftarkan sahaja dibenarkan masuk ke kawasan khas tersebut.
·         Pegawai kontinjen berkenaan hendaklah melaporkan diri di Bilik Panggilan & dibawa masuk ke dalam kawasan tersebut selewat-lewatnya 20 minit sebelum acara bermula dengan kebenaran raferi atau pengadil berhampiran.





10.
Keperluan Pegawai Teknikal :-

Bil
Tugas
Bilangan Optimal
1
Pengurus & Penolong Pengurus Kejohanan
1-2
2
Raferi
4-6
3
Pengurus Teknikal, Peralatan & Logistik
2
4
Pelepas
1
5
Hakim Corong/Penyelia Peserta/Pen. Pelepas
6
6
Hakim Penamat & Pencatat Penamat
8
7
Penjaga Masa
8
8
Pencatat Pusingan
48
9
Pengadil & Hakim Semak
12-20




Jumlah Minima
90

Jumlah Maksima
101